

#2 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tetapi bagaimana pula A mendapatkan baki separuh lagi pendahuluan A itu? Jadi seawal usia 24 tahun, A telah pun memiliki rumah sendiri yang sememangnya menjadi impian A ketika mula bekerja dahulu. Jumlah simpanan serendah RM150.00 yang A simpan seawal bulan pertama A bekerja, telah memungkinkan A menyediakan ½ dari jumlah pendahuluan bagi apartment pertama A yang ketika itu berharga RM59,800.00. Simpanan merupakan salah satu cara mengumpulkan modal permulaan. Jadi, apakah jalan terbaik bagi penyediaan modal agar rumah yang diimpikan dapat kita miliki?īerikut merupakan kisah yang ingin kongsikan tentang bagaimana si 'A' mengumpul modal di dalam merealisasikan impiannya memiliki rumah teres 2 tingkat di Bandaraya Shah Alam, dan ianya sebenarnya bermula dari pembelian sebuah apartment sahaja.

Sekurang-kurangnya kita perlu ada RM30,000.00 bagi meneruskan proses jual beli tersebut, dan ianya masih belum dapat menyempurnakan transaksi tersebut tanpa penggunaan peguam yang hadir dengan kosnya sekali. Ini disebabkan oleh masalah modal yang perlu disediakan walaupun hanya serendah 10% dari harga rumah dan lebih memburukkan lagi keadaan, harga rumah yang ditawarkan kini jauh melangkaui kemampuan kebanyakan dari kita.Ĭuba kita bayangkan jumlah modal 10% yang perlu kita keluarkan bagi sebuah rumah teres 2 tingkat di sekitar Lembah Kelang, yang harganya rata-rata di dalam lingkungan RM300,000.00 ke atas. Semua orang mengimpikan rumah untuk didiami tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu menggapai impian tersebut.
